Thursday, March 7, 2013

MALANG YANG SENTIASA TIDAK BERBAU

lama tol x update blog ikan nih...maaf ya...hehehe...betul la kata org yang malang tu memang xpernah berbau...huhuhu ... adik dah terputus jari gara2 bersihkan mesin memproses makanan ikan...ya Allah..sakitnya hanya Allah yang tau. jari hantu ngan jari manis yang putus dan alhamdulillah teknologi sekarang dah canggih, jari yang putus dapat disambung semula.

p/s:- apa pun yang kita buat. keselamatan perkara penting yang perlu di titik beratkan. 

Monday, December 31, 2012

REZEKI TAMU

Alhamdulillah...jualan untuk kedua2 hari dekat tamu Kuala Penyu amat2 memuaskan. semalam merupakan hari percubaan di mana kami baru nak mencuba berniaga di tamu petang di Kuala Penyu. rezeki masih menyebelahi kami, Alhamdulillah, Allah memudahkan segala urusan perniagaan kami. 

p/s:- menunggu panggilan daripada customer yang ingin kami membekalkan ikan keli ke kedainya di Kuala Penyu. 

Friday, December 28, 2012

SIANG KELI DENGAN MUDAH

Hari ni nk bg satu tips yg paling berguna untuk sapa2 yang takut mau siang ikan keli...caranya paling mudah...kita hanya perlukan 1 bekas bertutup/plastik dan juga garam. bila dah ada barang2 yang kita nak tu, apa tunggu lagi, masukkan keli ke dalam bekas, kemudian masukan garam secukupnya. pastu tutup bekas, haaa nnt kita boleh la dengar bunyi keli tu bergerak2. tunggu kejap pastu bila dah agak2 senyap, boleh lah kita buka penutup bekas dan mulalah menyiang ikan keli tu. In Sha Allah lendir keli akan hilang. ikan pun senang nk di siang.

p/s :- jangan lupa cuba ya.memang sangat2 berkesan. 

Thursday, December 27, 2012

PUYU ATAU KARUK

haa amacam?besar x karuk kat atas nih? ikan ni kalau di sabah kena panggil karuk..tp kalau di semenanjung kena panggil puyu. ni salah satu projek yang tengah kami buat, yang mana kami masih mencuba untuk membiakkan ikan karuk@puyu sepertimana kami membiakkan ikan keli. cuma buat masa ini, projek tersebut masih belum berjaya lagi.hehehehe...

Tuesday, December 25, 2012

KOLAM DAN KELI

haa akhirnya setelah beberapa minggu...hari ni baru la dapat bubuh gambar dlm blog clarias... ok lah... mari kite nak citer sikit pasal kolam2 yang ada...

kolam untuk semaian bibit

 biasanya kolam simen kat atas ni kami khaskan untuk bibit2 yang baru menetas sehinggalah berusia dua bulan..setelah benih tersebut mencapai tempoh yang sepatutnya, kami akan pindahkan keli2 tersebut ke kolam besar seperti yang di bawah :-


kolam untuk induk dan keli besar.. 

manakala kolam yang kat gambar atas ni kami khaskan untuk keli yang bakal di jual secara kilo, dan juga tempat untuk induk keli.



Sunday, December 23, 2012

Hujan dan rezeki

Alhamdulillah... hari ni berniaga lagi. seawal jam 10am  keli yang di bawa dah habis di jual. nampaknya orang semakin boleh menerima ikan keli. 

balik je dari tamu, cuaca terus berubah. hujan turun dengan lebat. Alhamdulillah...hujan rahmat..sejuk sikit bumi Allah nih. 

Alamak...anak udang kara ada masalah sikit. maybe suhu air dalam aquarium xstabil. so, mungkin dengan menggunakan penstabil air boleh mengurangkan anak2 udang tu jadi beku. buat masa ni, anak udang kara masih dalam peringkat percubaan, yang mana anak udang kara (berumur sebulan) yang masih hidup adalah sebanyak 70 ekor.

nota kaki :- admin minta maaf sangat2. kesemua pic masih dalam kamera lagi. In Sha Allah nnt sy masukkan untuk tatapan semua ya. 

 

Monday, November 5, 2012

SELAMAT DATANG

ASSALAMMUALAIKUM ...

Alhamdulillah akhirnya ada juga blog untuk perniagaan keli kami.  untuk makluman pembaca semua, kami merupakan pembekal keli untuk daerah beaufort dan jga seluruh sabah. perniagaan ini beroperasi setiap hari dan sekiranya terdapat pertanyaan bolehlah menghubungi kami di talian 014-6569470 (pn mariah) Atau emel ke atie85n@yahoo.com.

p/s :- penghantaran percuma untuk daerah beaufort.